2.1 Metodologi Dalam Menghasilkan Video
Perbincang telah dilakukan terlebih dahulu tentang genre yang sesuai bagi penghasilan video manga. Komik yang berunsurkan genre komedi dan mengisahkan tentang kehidupan seharian seseorang telah menjadi pilihan. Oleh itu, sumber utama untuk komik telah dicari melalui laman sesawang manga seperti MangaFox.
Komik, "Tanaka yang Tidak Bermaya" merupakan salah satu manga yang tepat pada genre komedi. Selain itu, cara persembahan ilustrasi manga ini telah dilukis dalam petak yang berbeza. Cara penyusunan ini membantu menjimatkan banyak masa dalam proses kerja penyuntingan gambar. Sebuah video manga tidak boleh ditunjukkan dengan satu muka surat penuh bagi pembaca kerana amat mengelirukan pembaca. Maka penggunaan manga ini membantu dalam membahagikan setiap muka bahagian pada setiap muka surat dengan mudah.
Bab 23 merupakan salah satu bab yang amat ringkas dengan unsur jenaka dalam ceritanya. Bab ini dipilih juga kerana musim hujan merupakan salah satu musim yang terdapat di Malaysia dan amat berkait rapat dengan pembaca sasaran. Pembaca sasaran dapat menangkap jenaka yang ingin disampaikan oleh penulis dan penterjemah juga tidak perlu melakukan perubahan yang drastik pada terjemahan bagi mengadaptasikan kebudayaan pembaca sasaran.
Bagi menghasilkan video manga ini, pelbagai jenis perisian komputer yang bersesuaian telah digunakan. Antara perisian yang digunakan ialah:

Aplikasi Wave Pad digunakan untuk menurunkan suara yang lembut dan kewanitaan kepada suara yang lebih bersifat lelaki kerana dalam manga yang dipilih, watak utama terdiri daripada dua orang lelaki. Hasil daripada penukaran nada suara telah menepati karakter lelaki dalam manga yang dipilih.

Rakaman Suara Oppo
Selepas meneliti beberapa perisian rakaman, kami aplikasi rakaman suara telefon pintar Oppo didapati mampu memberikan kualiti suara yang diinginkan dan bagus.
Wavepad Sound Editor

Aplikasi Wave Pad digunakan untuk menurunkan suara yang lembut dan kewanitaan kepada suara yang lebih bersifat lelaki kerana dalam manga yang dipilih, watak utama terdiri daripada dua orang lelaki. Hasil daripada penukaran nada suara telah menepati karakter lelaki dalam manga yang dipilih.
Walaupun perisian komputer ini lebih kepada menonton video, namun perisian ini mengandungi pelbagai fungsi penyuntingan video yang mudah dalam pertukaran format video mp4 kepada audio mp3. Perisisan ini digunakan untuk menukarkan format mp4 kepada mp3 kerana kebanyakan penukaran format atas talian tidak dapat diakses.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selain daripada perisian menyunting video, beberapa laman sesawang lain juga digunakan sebagai sumber untuk mendapatkan latar muzik dan latar suara. Antaranya adalah :
Manga Fox
Sumber manga "Tanaka yang Tidak Bermaya" bab 23 versi bahasa Inggeris telah dicapai melalui laman sesawang manga talian ini.
Hikari no Akari
Laman ini merupakan satu tempat bagi peminat animasi Jepun untuk mendapatkan latar belakang suara atau lagu permulaan and pengakhiran pada setiap episod atau wayang animasi.
Youtube
Youtube merupakan salah satu laman sesawang video yang digunakan untuk mendapatkan latar suara bagi beberapa bahagian cerita seperti, bunyi air hujan, bunyi berjalan dalam hujan dan sebagainya. Youtube juga telah digunakan sebagai satu medium untuk memuatnaikkan video kerana panjang video telah melebihi muatan 100MB yang ditetapkan oleh pihak Blogger. Maka proses muat naik secara terus pada Blogger tidak dapat dilakukan.
2.2 Strategi Penghasilan Video Manga
2.2.1 Strategi Penggunaan Bunyi Latar
Perkara utama dalam usaha menarik minat penonton adalah kesesuaian bunyi dan suara latar yang digunakan. Penggunaan bunyi latar yang menarik merupakan faktor utama dalam proses membuat video. Sebagai contoh, kami telah menggunakan pelbagai jenis bunyi latar yang bersesuaian dengan situasi penceritaan manga seperti bunyi hujan turun, bunyi berjalan di dalam hujan dan sebagainya. Emosi suara yang dikeluarkan oleh pengalih suara juga menjadi faktor dalam meningkatkan lagi mutu video. Hal ini demikian kerana, jika pengalih suara tidak menghayati adengan cerita dan sifat watak tersebut, maka penonton tidak dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya untuk menghasilkan suara yang seiras dengan perwatakan dan cara pertuturan watak tersebut.

Dalam bab 23, muka surat 13, terdapat adengan di mana Tanaka dan seorang watak sampingan iaitu Shiraishi sedang berjalan pulang dari sekolah sambil berkongsi payung ketika hujan. Oleh itu, kami telah memuat naik bunyi latar berjalan di dalam hujan dengan payung agar penonton dapat menghayati babak tersebut.
Bab 23 bagi manga ini mempunyai sedikit unsur romantik yang boleh selalu kita lihat dalam kehidupan seharian seorang pelajar sekolah menengah. Oleh itu, dalam usaha menimbulkan suasana romantik dalam video, kami telah memasukkan sedikit unsur bunyi latar belakang yang romantik supaya penonton memahami mesej yang ingin disampaikan.
2.2.2 Strategi Pengalihan Suara
Dalam sesuatu penghasilan video alih suara, pengalih suara memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan sifat dan gaya sesuatu watak. Jika pengalih suara tidak memahami watak tersebut dengan sepenuh jiwa, maka cerita tersebut akan menjadi bosan. Proses alih suara memerlukan kemahiran menghayati watak, kefahaman budaya, cara suara dilontarkan dan penggunaan gaya komunikasi yang bersifat neutral.
Pertama sekali, pengalih suara perlu mengkaji watak tersebut dan memikirkan bentuk suara yang sesuai untuk watak tersebut. Contohnya, watak Tanaka adalah seorang yang seringkali menunjukkan semangat yang tidak bermaya, Setelah pengalih suara watak Tanaka sudah memahami bentuk dan gaya suara yang sesuai dengan Tanaka, maka pengalih suara mula merakam suaranya. Oleh itu, pengalih suara perlu memastikan intonasi ketika bercakap adalah selaras dengan watak. Memahami budaya asal watak tersebut juga penting dalam menyesuaikannya dengan budaya bahasa sasaran.
Strategi lain yang titikberatkan adalah penggunaan gaya komunikasi yang bersifat neutral. Jika alih suara dalam video bebunyi literal dan terlalu kaku tanpa emosi, maka, itu bukanlah satu aktivti alih suara yang baik.Gaya pertuturan perlulah bersifat sahaja dan ada unsur keakraban antara kawan baik. Maka, penggunaan bahasa berbentuk tidak formal banyak digunakan.
Selain itu, kualiti terjemahan juga dititikberatkan ketika menjalankan proses pengalihan suara. Sebagai contoh, watak Oota banyak menggunakan strategi adaptasi kerana bukan semua perkataan bahasa sumber sesuai untuk diterjemahkan ke budaya penonton sasaran di Malaysia. Selain itu, terdapat juga strategi pengguguran dan penambahan bagi beberapa ayat mengikut kesesuaian jalan cerita. Sebagai contoh, dalam bab 23, muka surat 6, sebarang alih suara tidak dilakukan kerana babak tersebut tidak berkait dengan jalan penceritaan komik. Oleh itu, babak tersebut telah digugurkan.

No comments:
Post a Comment