Perbincangan



4.1 Proses Terjemahan
Proses terjemahan bermula selepas menentukan teks sumber(Bab 23). Terjemahan yang dihasilkan telah disunting mengikut sturktur bahasa Melayu tidak formal yang sesuai untuk pembacaan pembaca sasaran. Hasil terjemahan yang dihasilkan sebelum video manga dalam bahasa Melayu ini telah mengalami beberapa masalah terjemahan:


a) Budaya
Dalam kehidupan penduduk di Malaysia, penggunaan asam dan wasabi bagi mengelakkan masalah keracunan makanan tidak biasanya digunaan. Cara unik ini merupakan cara bagi budaya orang Jepun untuk mengelakkan masalah keracunaan makanan. Bahagian unik ini telah dikekalkan dalam terjemahan skrip video manga kerana walaupun penggunaan asam dan wasabi tidak digunakan dalam budaya orang Malaysia, namun ini merupakan satu pendedahan kepada pembaca mengenai penggunaan unik kedua-dua makanan ini dalam budaya Jepun. Maka pada bahagian ini, penggunaan kaedah Pinjaman budaya yang diperkenalkan oleh Hervey dan Higgins(1992) telah digunakan bagi memperkenalakan unsur asing kepada pembaca sasaran. Perkataan wasabi telah dikekalkan kerana ini turut merupakan padanan bahasa Melayu bagi perkataan ini. 

Gambar menunjukkan Oota dan ideanya terhadap musim hujan.


b) Cuaca
Perubahan cuaca antara negara Malaysia yang hanya terdiri daripada dua musim(musim panas dan musim tengkujuh) dan negera Jepun yang terdiri daripada 4 musim(musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk) adalah sangar berbeza. Keadaan rakyat Malaysia yang telah biasa dengan perubahan suhu dan cuaca sepenjang tahun tidak mempunyai banyak perubahan dari segi fizikal. Cuaca di Malaysia kerap berubah, kadang-kala hujan beberapa hari dan matahari terik pada hari seterusnya. Rakyat di Malaysia telah biasa terhadap perubahan humiditi dalam atmosfera dan udara.

Namun di Jepun, musim tsuyu(musim hujan di Jepun) akan berterusan untuk berminggu-minggu dan kelembapan bagi persekitaran akan menjadi sangat lembap keran kuantiti hujan yang terlalu lama. Keadaan ini akan mengakibatkan rambut panjang sesetengah orang Jepun menjadi kerinting.

Oleh sebab keadaan ini tidak biasa dilihat di Malaysia, maka babak cerita yang mengenai rambut kerinting Miyano, salah seorang watak sampingan yang merupakan rakan sekelas Tanaka telah digugurkan untuk mengelakkan kekeliruan pembaca mengenai cerita tersebut.
Bahagian yang telah digugurkan mengikut prosedur terjemahan Penguguran Nida(1964).



4.2 Proses Penghasilan Video Manga

a)Tempoh Masa Video
Tempoh masa video yang diberikan dalam penghasilan video manga tidak cukup bagi menghasilkan sebuah video manga yang lancar, terutamanya bagi manga "Tanaka yang Tidak Bermaya" bab 23. Dalam proses penyuntingan video, beberapa bahagian yang mempunyai kefahaman budaya berbeza dengan pembaca sasaran telah digugurkan demi memastikan tempoh video tidak melebihi tempoh masa. Malah, beberapa bahagian yang mempunyai bahagian lapang antara dua dialog telah dipendekkan bagi tujuan memenuhi tempoh masa video.

Walaupun beberapa babak telah digugurkan, para penonton masih dapat menghayati unsur komedi tanpa keliru akan jalan cerita kerana babak yang telah digugurkan tersebut tidak mempengaruhi jalan cerita bagi bab tersebut. Cerita ini tidak diganggu kerana bahagian bagi manga ini tidak banyak mempunyai penyambungan dengan babak seterusnya. Maka penterjemah mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah pengguguran yang diperkenalkan oleh Nida(1964). Namun, keseluruhan hasil video manga ini, masih lagi melebihi tempoh masa yang ditetapkan.


b) Penggunaan Perisian
Perisian Window Movie Maker telah digunakan dalam proses penyuntingan dan penghasilan video. Namun, perisian ini mempunyai kelemahan yang ketara.

Perisian Window Movie Maker sesuai digunakan bagi pengguna yang tidak mahir dan tidak mempunyai pengalaman yang banyak dalam penghasilan video. Teknik untuk mengoperasikan aplikasi ini mudah kerana tidak memerlukan kefahaman penyuntingan video tahap tinggi. Namun aplikasi ini menyukarkan kerja penyuntingan video yang memerlukan penambahan rakaman suara kerana penambahan atau pemendekkan suara atau tempoh kewujudan latar gambar, keseluruhan bagi susunan video terpaksa disunting semula kerana telah lari daripada tempoh yang tepat(kewujudan gambar tidak selari dengan rakaman dialog).


Selain itu, perisian ini juga mempunyai masalah dari segi bahagian menyimpan atau merekod hasil suntingan. Kadang kala, ketika proses penyuntingan video sedang dijalankan, perisian tersebut akan berhenti secara tiba-tiba tanpa menyimpan hasil suntingan secara automatik. Masalah pepijat dalam perisian ini telah menyebabkan kerja penyuntingan video terpaksa dilakukan sekali lagi

Bagi strategi mengatasi masalah ini, penyuntingan video dilakukan mengikut bahagian. Selepas bahagian pertama habis disunting, proses penyimpanan menjadi video telah dilakukan supaya penyuntingan berulang-ulang kali tidak akan dilakukan. Selepas semua bahagian video berjaya dihasilkan, video-video ini akan digabungkan menjadi sebuah video manga yang lengkap dan sedia untuk ditayangkan.



c) Suara Watak
Watak utama bagi manga "Tanaka yang Tidak Bermaya" ini merupakan cerita mengenai dua orang remaja lelaki. Walau bagaimanapun, ahli kumpulan The Dorries terdiri daripada 3 orang perempuan, yang sememangnya tidak kedengaran seperti suara lelaki. Oleh itu,wujud kesukaran dalam mengawal suara daripada nada yang tinggi ke nada yang rendah. Daripada mendapatkan bantuan suara latar lelaki daripada sumber yang lain, langkah yang telah diambil adalah dengan menggunakan perisian menyunting suara dan mengubah suara keperempuanan kepada suara lelaki supaya ia disesuaikan dengan dua watak remaja lelaki itu.

Oleh sebab kekurangan pengalaman dalam rakaman suara bagi watak, suara yang dihasilkan untuk dua orang watak yang berbeza oleh seorang pelatar suara sukar untuk dihasilkan daripada orang yang sama. Suara antara watak Echizen dan Shiraishi telah disunting semula menggunakan perisian Wavepad supaya dapat menghasilkan satu perbezaan yang ketara antara dua orang watak ini. Pendekatan ini digunakan supaya pembaca tidak akan keliru antara dua suara bagi dua watak ini merupakan hasil alih suara orang yang sama.



d) Pengawalan Emosi dan Intonasi 
Penghasilan video manga ini bagaikan menghidupkan cerita manga dalam bentuk tulisan kepada bentuk lisan. Penonton sasaran bagi video manga ini bukan sahaja terdiri daripada peminat rancangan animasi, tetapi juga untuk golongan yang tidak menontonnya. Maka segala penyuaraan bagi watak mampu mempengaruhi kesan yang dihasilkan dalam video manga tersebut.

The audio-visual text allows the viewer to observe different forms of behaviour in a variety of situations. Tone of voice, intonation, gestures may all affect the way in which the verbal content is perceived.---Zoƫ Pettit

Jika rakaman telah dibuat tanpa intonasi yang betul mengikut watak dan situasi, keseluruhan penghasilan video manga ini akan kedengaran janggal dan tidak lancar.
Seperti contoh pada babak apabila watak Echizen sedang merungut mengenai kain panjang basahnya yang melekit pada bahagian kaki. Jika pelatar suara tidak mengambil berat atau tidak cukup memahami keadaan watak Echizen yang sedang merungut, rakaman yang dihasilkan kemungkinan tidak mampu untuk menunjukkan perasaan watak tersebut dengan lebih menonjolkan.






No comments:

Post a Comment