Kesimpulannya, proses menghasilkan video ini memerlukan masa yang panjang agar video yang dihasilkan tampak lebih menarik. Proses menterjemah pandang, merakam suara dan menyunting video merupakan satu latihan yang bagus bagi seseorang yang berminat untuk mendalami bidang alih suara. Oleh itu, projek seperti ini merupakan langkah yang terbaik dalam meningkatkan lagi kemahiran seseorang.
Melalui pertunjukkan video daripada cerita si Tanaka yang tidak bermaya ini, gaya bertutur dan intonasi suara yang pelbagai yang menunjukkan tahap kreativiti seseorang itu dapat dilihat. Sebagai seorang yang mendalami ilmu terjemahan dan interpretasi, perlulah menghayati sesuatu cerita terlebih dahulu agar produk akhir tidak kira melalui penulisan mahupun media dapat difahami dan dihayati oleh pembaca dan penonton.

No comments:
Post a Comment