1.1 Pengenalan
Manga merupakan buku komik yang mengandungi gambaran cerita, dan perbualan bagi setiap watak akan tertara pada kotak dialog berdekataan watak tersebut. Menurut Toku (2001), manga secara literalnya adalah gambar yang melucukan yang mana pada asalnya bermula daripada sebuah karya yang berlandaskan kepada karikatur mudah. Penghasilan manga terdiri pada lakaran penulis dan skrip pada setiap gambar yang menceritakan jalan cerita dalam manga. Pelukis bagi setiap manga melakarkan grafik setiap watak dalam fikiran dan imaginasi mereka. Keupayaan menggambarkan imaginasi kreatif menjadi sebuah manga sememangnya satu kejayaan yang cemerlang dan kejayaan ini telah menjadikan negara Jepun sebuah negara yang amat popular dengan penghasilan manga terkenal di dunia. Manga Naruto karya Masashi Kishimoto, One Piece karya Eiichiro Oda, Bleach karya Tite Kubo dan Gintama karya Hideaki Sorachi merupakan contoh karya manga ternama dalam persada antarabangsa.
1.2 Pengenalan Manga "Tanaka yang Tidak Bermaya"

Manga terdiri daripada pelbagai jenis genre: percintaan, aksi, pengembaraan, sukan, komedi, dan banyak lagi. Setiap peminat manga mempunyai kegemaran mereka mengenai genre tertentu. Selain itu, cerita yang menarik juga merupakan salah satu faktor populariti sesebuah manga.
1.2 Pengenalan Manga "Tanaka yang Tidak Bermaya"
Manga "Tanaka kun wa Itsudemo Kedaruke" merupakan sebuah manga Jepun karya Nozomi Uda dan telah diterjemahkan menjadi tajuk "Tanaka yang Tidak Bermaya" kerana watak protagonis, Tanaka merupakan seorang pelajar sekolah menengah tinggi yang tidak bermaya dan tidak suka bergerak banyak. Manga ini bergenre komedi kehidupan seharian yang mengisahkan cerita menarik yang berlaku di sekitar watak dalam manga tersebut.
Dalam manga "Tanaka yang Tidak Bermaya", Tanaka mempunyai seorang rakan yang sangat rapat, Oota, yang bersaiz besar dan bermuka garang tetapi mempunyai satu hati yang baik. Oota selalu mendampingi Tanaka kerana jika meninggalkan Tanaka seorang diri sahaja, berkemungkinan besar Tanaka akan tersesat di mana-mana ataupun tertidur di mana-mana sehingga lupa untuk pergi ke kelas.
![]() |
| Oota merupakan lelaki yang berambut kuning itu sedang membawa Tanaka yang tidak bermaya. |
Manga ini juga telah ditayangkan sebagai animasi bermula 9 April 2016 hingga 25 Jun 2016, sepanjang 12 episod setiap minggu. Anime ini merupakan salah satu anime pada musim bunga yang mendapat sambutan besar daripada peminat rancangan animasi Jepun dengan unsur jenaka yang menghiburkan pada kehidupan seharian Tanaka dan kawan-kawannya. Tayangan animasi ini berjaya meningkatkan lagi populariti bagi manga ini.
Manga ini menceritakan kehidupan seharian Tanaka dan Oota yang melucukan. Setiap hari, gelagat Tanaka yang tidak bermaya itu semestinya akan berlaku perkara yang cukup kelakar.
1.3 Barisan Kumpulan The Dorries
The Dorries merupakan kumpulan yang bermula pada pertengahan bulan September bagi menyempurnakan Projek Berkumpulan HBT 303- Manga Bersuara.
Ahli kumpulan The Dorries terdiri daripada 3 orang pelajar BATI tahun 3:
Cik Jeevashni K Seven,
Cik Koh Su Kee
Cik Husniyyah binti Azman
Manga ini telah dipilih kerana jalan cerita manga bukanlah jalan cerita yang berterusan dan panjang seperti manga pengembaraan One Piece atau Toriko. Dalam manga One Piece setiap bahagian cerita(arc) mempunyai lebih daripada ratusan bab sebelum cerita penggembaraan baru bermula.
Manga ini menjadi pilihan kerana unsur melucukan dalam manga ini dapat menghiburkan penonton, terutamanya bagi mereka yang berasa stres dengan kehidupan seharian. Pembaca sasaran bukan sahaja meliputi pelajar BATI tahun 3, tetapi kepada semua pembaca yang ingin mencari satu medium untuk mengurangkan stres mereka, dan ini termasuk bagi pembaca yang bukan peminat setia rancangan animasi atau manga.
1.4 Pengenalan bagi Manga Video
Dalam tujuh puluh lebih bab yang sedia ada, Bab 23 telah dipilih kerana unsur jenakanya yang paling jelas untuk difahami bagi semua pembaca sasaran. Bab ini menceritakan permulaan musim tengkujuh yang berhujan lebat. Oota sedang mengeluh akan hari hujan yang berturut-turut, apabila dia ternampak Tanaka yang menyapa pada dia telah basah-kuyup.
Tanaka menyatakan bahawa kesukarannya dalam penggunaan payung kerana dia berpendapat bahawa, membawa payung merupakan sesuatu yang menyusahkan.
Malah, dia mengeluarkan pelbagai idea yang melucukan supaya tidak menggunakan payung semasa hari hujan.
Pengenalan bagi watak yang muncul pada bab ini adalah seperti yang berikut:
Watak Utama: Tanaka
![]() |
| Tanaka merupakan seorang pelajar sekolah menengah tinggi yang selalu tidak berdaya. |
Watak Utama: Oota
![]() |
| Oota merupakan rakan karib Tanaka yang selalu menjaganya. |
Watak Sampingan: Echizen
![]() |
| Echizen merupakan kawan Oota sejak dari kecil lagi. Dia berpakaian seperti gengster tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. |
Watak Sampingan: Shiraishi
![]() |
| Shiraishi merupakan wakil kelas yang sentiasa kelihatan jelita. Dia menyimpan perasaan cinta terhadap Tanaka. |

No comments:
Post a Comment